Wednesday, September 30, 2009

DISFUNGSI HEPAR

DISFUNGSI HEPAR

Hati atau juga dikenali dengan nama Hepar, ia merupakan organ homeostasis
yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma pada manusia dan haiwan atau dalam kata lain hati merupakan organ dalaman dan kelenjar terbesar di dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan serta metabolisma badan. Hati mempunyai pelbagai jenis fungsi iaitu seperti menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksikkan dadah. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia dalam jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap ke dalam usus.

Fungsi Lobul-lobul pada hati ini merupakan pusat pemprosesan utama bagi hati. Di sinilah hati menjalankan fungsi-fungsinya seperti menyahtoksik darah dan menghasilkan hempedu. Hati juga boleh menukar sesetengah bahan menjadi bahan aktif yang boleh digunakan badan dan membuang bahan sampingan berbahaya yang dikeluarkan melalui najis atau air kencing.

Hati juga menghasilkan hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu untuk digunakan dalam proses penghadaman lemak. Selain itu, hati turut berfungsi sebagai tempat simpanan untuk gula, lemak, protein dan vitamin yang akan dikeluarkan mengikut keperluan badan.

Disfungsi hepar yang dimaksudkan ini menunjukkan Kerosakan hati yang boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi dengan mendadak (akut) dan boleh menyebabkan pesakit koma akibat pengumpulan toksin di dalam badan.




PEMBENTUKAN BILIRUBIN
Pada katabolisme hemoglobin, terutama terjadi dalam makrofaj dalam sum- sum tulang atau limpa serta hepar, globin akan mula terpisah dari heme, seterusnya heme akan diubah melalui proses oksidasi menjadi biliverdin. Bilirubin tak konjugat atau juga dikenali dengan bilirubin bebas, bilirubun pre hepatic atau bilirubin reaksi tidak langsung kemudiannya akan dibentuk dari biliverdin. Biliverdin adalah merupakan pigmen kehijauan yang dibentuk melalui oksidasi bilirubin. Bilirubin tak konjugat adalah larut dalam lemak, tidak larut dalam air, dan tidak dapat dieksresikan dalam hempedu atau urin. Bilirubin tak konjugat terikat dengan albumin dalam suatu kompleks larut air, seterusnya akan diangkut oleh darah menuju ke sel-sel hati dengan berlakunya tindak balas asid glukoronik. Seterusnya bilirubin konjugat berlaku dalam hempedu. Keseluruhan bahan dari hepar seterusnya akan pergi ke pundi hempedu.
Metabolisme bilirubin di dalam hati akan dibahagikan kepada tiga langkah iaitu proses pengambilan, konjugasi, dan eksresi. Proses pengambilan oleh sel hati memerlukan dua protein hati, iaitu yang di berikan dengan simbol atau tanda sebagai Y dan Z. Proses Konjugasi bilirubin dengan asid glukoronat dikatalisasi oleh enzim glukoronil transferase dalam retikulum endoplasma. Bilirubin konjugat tidak larut dalam lemak, tetapi larut dalam air dan dapat dieksresikan dalam hempedu dan urin.
Proses akhir dalam metabolisme bilirubin pada hati ini adalah penghantaran bilirubin tak konjugat melalui membran sel ke dalam hempedu melalui suatu proses aktif. Bilirubin tak konjugat tidak dieksresikan ke dalam hempedu, kecuali setelah proses oksidasi atau fotoisomerasi. Seterusnya bilirubin akan diekresi ke dalam usus besar.
Bakteri usus akan menghasilkan bilirubin konjugat, seterusnya akan ditukar menjadi sterkobilinogen atau urobilinogen semasa proses oksidasi. Urobilinogen ini tidak berwarna. Zat-zat ini menyebabkan feses kelihatan berwarna coklat. Seterusnya berlaku proses pertukaran dimana urobilinogen sterkobilinogen akan ditukarkan. Kemudian ia akan dikumuh di dalam feses. Sewaktu Urobilinogen sterkobilinogen ditukar melalui proses oksidasi, urobilinogen ini akan diserap ke dalam sirkulasi pada ginjal, menjadikan urobilinogen bertukar urobilin.
Plasma juga terlibat di dalam peredaran enterohepatik. Sekitar 10 - 20 % urobilinogen mengalami siklus atau peredaran enterohepatik, sedangkan sejumlah kecil dieksresikan dalam urin.
Bilirubin konjugat juga akan ditukar pada ginjal. Bilirubin akan diekresikan ke ginjal. Bilirubin konjugat akan dikumuh di dalam urin.
Peningkatan kadar bilirubin terkonjugasi dapat dikenal pasti seperti kegagalan fungsi hati, seperti peningkatan kadar fospatase alkali, AST, kolesterol dan garam hempedu dalam serum.


BILIRUBIN
PENGHASILAN DARI PROSES HEMOGLOBIN.


RBC  HEMOGLOBIN  IRON + PROTEIN + PROTOPORPHYRIN.


PROTOPORPHYRIN  BILIRUBIN  ALBUMIN BOUND
(IN LIVER) (INSOLUBLE FORM)
(INDIRECT BILIRUBIN)





CARTA ALIR PEMBENTUKAN BILIRUBIN
Hemoglobin

Biliverdin

Bilirubin tak konjugat

Bilirubin tak konjugat (Bilirubin bebas)

Bilirubin tak konjugat

Bilirubin akan terkonjugat dan dikumuhkan di dalam hempedu.


Setelah sampai ke Plasma juga terlibat Setelah sampai ke Ginjal.
usus besar. dalam peredaran 
 Enterohepatik Bilirubin konjugat.
Bilirubin konjugat 
 Seterusnya dikumuh
Urobilinogen (tidak berwarna) dalam urin.
Sterkobilinogen

Seterusnya dikumuhkan
dalam feses.
JENIS- JENIS SPESIMEN
Antara spesimen yang akan diambil bagi mendiognosis penyakit disfungsi hepar ini adalah seperti berikut :-
1. Serum.
2. Urin.
3. Cecair plasenta.
4. Feses.

SERUM
 Kelihatan kehadiran bilirubin yang banyak pada darah.
 Pada darah berlaku proses sintesis bilirubin iaitu hemolisis selain dalam makrofaj.
URIN
 Pada sampel hanya kelihatan bilirubin konjugasi sahaja.
 Didapati bilirubin konjugasi larut dalam air, maka kepekatan adalah tinggi dalam sampel urin.
 Sampel yang digunakan mestilah segar, dan tidak boleh terkena cahaya serta perlulah disimpan dalam peti ais pada suhu 8°C dan tidak melebihi masa dalam 24 jam.
CECAIR PLASENTA
 Sampel akan diambil melalui plasenta.
FESES
 Sampel akan kelihatan berwarna coklat jika pesakit mengalami penyakit disfungsi hepar.

KAEDAH- KAEDAH PENAKSIRAN
 Kaedah yang akan dilakukan ini adalah untuk melihat total bilirubin.
 Total Bilirubin = Konjugasi bilirubin + biliribin tak konjugasi.
 Sampel yang digunakan bagi tujuan penaksiran ini adalah seperti serum dan urin.

SERUM
- Antara kaedah yang digunakan pada sampel serum ini ialah seperti berikut :-
 Kaedah Kolorimetrik.
 High Performance Liquid Chromatography (HPLC).
 Kaedah Erhlich.
 Spektrofotometer.

 Kaedah Kolorometrik.
Kolorimetrik merupakan sebuah alat yang digunakan bagi menaksir peratus bahan berwarna dalam larutan.
alat ini digunakan untuk tujuan mengukur perubahan warna daripada indicator pH.
Berdasarkan prinsip bagi kolorimetri ini adalah cahaya yang dihalang atau diserap oleh larutan akan diukur menggunkan spektrofotometer dengan melihat ketumpatan optikal = OD.




 High Performance Liquid Chromatography (HPLC).
Melalui kaedah ini, didapati ianya adalah terhad kerana aras bilirubin yang dipengaruhi oleh keadaan tidak stabil. Menyebabkannya sukar bagi membezakan paras bilirubin total, konjugasi dan tidak konjugasi.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menambahkan metabolit ke dalam sampel dan menggunakan bilirubin konjugasi sebagai sampel.
Setelah menambahkan metabolit ke dalam sampel bilirubin konjugasi, kelihatan jenis metabolit akan kekal dalam larutan selepas satu langkah yang menggunakan salting- out globulin dengan sodium sulfat ditambahkan.
Kaedah ini memerlukan kehadiran cahaya kuning bagi meminimumkan proses fotodegradasi.
Penilaian resisten dapat berdasarkan kadar klorokuin dalam darah serum boleh diukur dengan cara High Performance Liquid Chromatography (HPLC).










 Kaedah Erhlich.
Kaedah ini dilakukan berdasarkan reaksi diazo iaitu
Kehadiran bilirubin

2- azodiphyrroles
 Berwarna ungu kemerahan – pH adalah neutral.
 Berwarna biru - pH adalah rendah atau tinggi.
Kehadiran bilirubin ini terhasil semasa tindak balas Diazosulfanilik asid.
Kaedah ini juga boleh membezakan bilirubin konjugasi dan bilirubin tidak konjugasi.
Bilirubin tidak konjugasi akan bergabung dengan reagen diazo jika ditambahkan pengalak iaitu sama ada alcohol atau keton.
Manakala bagi Bilirubin konjugasi, ia tidak menunjukkan sebarang tanda pengabungan akan berlaku.
Di dapati juga Bilirubin tidak konjugasi tidak larut dalam air dan terikat dengan albumin.
Antara contoh penggalak yang digunakan bagi kaedah ini adalah seperti berikut :-
 Methanol.
 Kafien dan sodium benzoate.
Kaedah Ehrlich ini menggunakan sampel urin ditambahkan dengan kloroform, butanol.



 Spektrofotometer.
Melalui kaedah ini pengukuran bilirubin akan dibaca pada jarak gelombang 540nm.
Dikalibrasikan dengan 2 jenis bahan iaitu seperti berikut:-
 Pelarut bilirubin.
 Larutan metil oren.
Alatan spektrofotometer ini mengunakan HUKUM BEER LAMBERT.
Antara prinsip bagi hukum beer lambert ini ialah seperti berikut:-
- Intensiti sinaran cahaya yang ditransmisikan adalah kurang dari cahaya yang dipancarkan dari sumber cahaya.
- Bagi memfokuskan pada kompaun yang dikaji, sel rujukan iaitu blank akan digunakan untuk memperbetulkan bacaan penyerapan cahaya.
- Blank ialah merupakan satu larutan serupa dengan sampel tetapi tiada kompaun yang akan dikaji.
- Tinggi bacaan penyerapan cahaya maka tinggi kepekatan kompaun yang dikaji di dalam sampel.








URIN
- Antara kaedah yang digunakan pada sampel urin ini ialah seperti berikut :-
 Kaedah Dipstick impregnated dengan reagen diazo.
 Ictotest ( reagen tablet ).
 Ujian Chemstrip.

 Kaedah Dipstick impregnated dengan reagen diazo.
Kaedah ini boleh mengesan lebih 0.5 mg/dL.
Pada sampel urin, strip akan dimasukkan ke dalam sampel.
Selepas 60 saat, akan terdapat tindak balas bilirubin dengan 2,6-diklorobenzena-diaonium-tetra fluoroborate dalam pH berasid.
Ini menunjukkan berlakunya perubahan warna dari pink kepada warna merah ungu.
Melalui ujian ini garam Diazonium akan berubah warna jika terdapat kehadiran bilirubin pada asid pH.
Keputusan Positif palsu – Urin pigmen, medicator warna.
Keputusan negetif palsu – Ketidak stabilan bilirubin pada sinar uv, sensitive disebabkan oelh vitamin dan nitrites.






 Ictotest ( reagen tablet ).
Menggunakan reagen diazo iaitu p-nitrobenzenadiazonium-p-toluenesulfonate.
Ujian ini 4 kali lebih sensitive dari ujian dipstick.
Kaedah yang dilakukan hampir sama seperti kaedah dipstick.
Ujian ini menggunakan tablet, tablet ini mestilah tidak dikenakan cahaya.
Selepas 60 saat, akan terdapat tindak balas bilirubin dengan 2,6-diklorobenzena-diaonium-tetra fluoroborate dalam pH berasid.
Ini menunjukkan berlakunya perubahan warna dari pink kepada warna merah ungu.
Ujian ini akan dilakukan untuk menegesahkan keputusan jika ujian urin dipstick berkeputusan positif bagi bilirubin.
Ujian Ictotest boleh mengesan 0.5 – 0.1 mg/dL bilirubin dan akan mengesan bilirubin spesifik di dalam sampel urin.
Ujian Ictotest ini merupakan ujian kualitatif bagi bilirubin, Keputusan yang akan di dapati ialah akan terdapat penghasilan warna kuning pada sampel darah atau urin akibat disebabkan penyakit joundis.
Menggunakan P-NITROBENZENE DIAZONIUM-PTOLUENE SULFONATE, SULFOSALICYLIC ACID, SODIUM CARBONATE, BORIC ACID.

 Ujian Chemstrip.
Ujian dan kaedah ini merupakan ujian yang paling bagus.
Ujian ini kurang memberikan keputusan positif palsu.
Penggunaan ubatan seperti phenazopyridine akan mewarnakan urin menjadi merah dalam medium berasid dan ini akan mewujudkan keputusan positif palsu.
Ujian ini juga mempunyai risiko dan jarang dilakukan.
Menggunakan 2,6 DICHLOROBENZENE DIAZONIUM TETRAFLUOROBORATE.

No comments:

Post a Comment

My Blog List