Friday, September 17, 2010

lesi endometrium benign (cytology)

ENDOMETRITIS

Definisi

• Endometritis merupakan inflamasi yang berlaku pada lapisan endometrium.

Klasifikasi

• Lesi ini terbahagi kepada faktor berkaitan dengan kehamilan (pregnancy-related) dan juga faktor lain (non-pregnancy-related) yang mana ianya dikaitkan dengan PID (Pelvic
Inflammatory Disease).
• Ia juga boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu, akut dan kronik.
• Keadaan - keadaan tersebut adalah seperti berikut ;


Akut Kronik

Disebabkan oleh infeksi / jangkitan
Biasanya agen yang terlibat ialah ;
Staphylococcus aureus
Streptococcus

Disebabkan oleh kehadiran sel plasma dalam stroma






ANATOMI

Endometrium

• Kawasan utama yang terlibat adalah bahagian endometrium.
• Merupakan lapisan uterus yang ketiga dan yang paling dalam.
• Terlibat dalam proses kitar haid (menstrual).
• Inflamasi kelihatan seperti keradangan atau lesi yang kekuningan.



PENYEBAB

Endometritis biasanya berlaku disebabkan oleh infeksi atau jangkitan. Walaupun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada keadaan tersebut ;

• Cecair Amniotik

 Cecair ini berada di dalam uterus (tempat bayi berada).
 Infeksi boleh berlaku jika bayi tersebut membuang meconium (stool).

• Penyakit Inflamasi Pelvic (PID)

 Dikenali sebagai pelvic inflammatory disease.
 Boleh berlaku apabila sesorang itu mengalami infeksi pada mana - mana bahagian trak pembiakan wanita.

• Penyakit Transmisi Seksual

 Dikenali sebagai sexually transmission disease (STD).
 Boleh terjadi apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan yang terinfeksi.

• Kelahiran anak
• Keguguran
• Pemakaian IUD
• Pembedahan atau prosedur gynecologist menggunakan instrumen perubatan



PERUBAHAN

Makroskopik

• Kesakitan pada bahagian abdomen
• Discharge vagina yang tidak stabil

Mikroskopik

• Keradangan jelas kelihatan pada bahagian endometrium.
• Berlaku keabnormalan pada sel endometrium.
• Gambarajah adalah seperti berikut ;


SIMPTOM

Antara kesan atau simptom yang utama bagi endometritis adalah ;

• Suhu badan yang tinggi / meningkat
• Demam yang mencecah sehingga 100 – 104 fahrenheit
• Sakit pada bahagian abdomen / pinggang
• Kandungan terjejas bagi yang mengandung
• Pendarahan vagina yang tidak normal atau kehadiran pus (nanah)
• Discharge vagina yang abnormal dari segi warna, jumlah dan bau
• Ketidakselesaan dengan gerakan usus / sembelit

KESAN

Antara kesan yang signifikan bagi endometritis adalah ;

• Puerperal shock
• Chorioamnionitis
• Intermenstrual PV bleed
• Maternal mortality
• Puerperal pyrexia

Endometritis juga boleh menyebabkan komplikasi seperti ;

• Chlamydia
• Gonococcal endometritis
• Salpingitis
• Endometritis sehingga sakit paru - paru
• Endometritis dengan kehadiran nanah


RAWATAN

Antibiotik

─ Ia akan diberikan bagi membantu merawat atau mencegah infeksi yang disebabkan oleh bakteria.

Evacuation (penyingkiran)

─ Menyingkirkan tisu yang terdapat pada bahagian uterus selepas proses melahirkan anak atau keguguran.

Needle Aspiration

─ Ia diperlukan jika terdapat abses (pus poket) di dalam atau pada uterus.
─ Jarum dimasukkan melalui abdomen / vagina - pus ditarik keluar daripada uterus.

Pembedahan

─ Proses membuang pus daripada uterus atau kawasan yang terinfeksi.
─ Cara ini dilakukan jika infeksi tidak merespon selepas rawatan dengan ubatan.


PENCEGAHAN

Langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelak berlaku endometritis ;

• Bagi pencegahan peringkat dalaman, endometritis boleh dielakkan jika pasangan melakukan hubungan seksual dengan selamat.
• Melakukan diagnosis yang sewajarnya dengan tahap infestasi yang dialami.
• Pesakit perlu menghabiskan ubatan yang diberikan untuk mencegah berlakunya infestasi kali kedua.
• Mengelakkan diri daripada faktor risiko terjadinya endometritis.


ADENOMYOSIS

Definisi

• Adenomyosis ialah keadaan yang menunjukkan kehadiran tisu endometrial yang tumbuh secara berlebihan (ektopik) di dalam miometrium. Adenomyosis ini dapat menyebabkan pembentukan adenomioma yang lebih teruk.

Klasifikasi

• Ia dikenali sebagai ‘Endometriosis of the uterus’. Adenomyosis adalah sejenis benign dan bukan menyebabkan kanser.
• Kebiasannya, penyakit ini kerap menyerang bahagian posterior uterus. Apabila keadaan ini berlaku, saiz uterus akan membesar sekurang - kurangnya dua kali ganda daripada saiz normal.
• Penyakit ini hampir sama dengan endometriosis eksternal, endometrium yang normal akan mengikuti sirkulasi menstrual dan ianya cenderung mengalami pendarahan pada saat menstrual.
• Darah yang terkumpul di dalam jaringan otot rahim ini akan menyebabkan pembengkakan dan rahim kelihatan lebih besar. Pembengkakan (adenomyosis) ini dapat merebak ataupun berada di satu kawasan sahaja.
• Jika pembengkakan ini berada di satu tempat sahaja, maka ia disebut sebagai adenomioma. Selalunya, adenomyosis salah didiagnosis sebagai fibroid rahim.


Miometrium

• Adenomyosis terbentuk pada lapisan miometrium uterus.
• Merupakan lapisan yang kedua daripada 3 lapisan uterus.
• Juga merupakan otot licin yang akan mengecut semasa proses melahirkan anak.
• Gambarajah tersebut menunjukkan lapisan miometrium di dalam keadaan yang abnormal dimana tisu endometrial tumbuh secara berlebihan padanya.


PENYEBAB

Punca berlakunya adenomyosis adalah tidak diketahui dengan tepat (iatrogenik). Tetapi sesetengah pendapat mengatakan ianya berlaku disebabkan oleh ;

• Trauma pada uterus

─ Trauna memusnahkan sempadan diantara endometium dan miometrium.
─ Keadaan signifikan - pembedahan caesarean, ligatasi tubul dan kehamilan.

• Usia yang lanjut

─ Biasanya berlaku pada wanita berumur 35 hingga 50 tahun.
─ Pada usia tersebut, wanita mengalami pengeluaran estrogen yang tinggi.
─ Penghasilan hormon berlaku pada umur 35 tahun dan hormon progesteron (hormon bertindak sebagai penindas kepada aktiviti hormon estrogen) akan berhenti dihasilkan sehingga umur 50 tahun.
─ Apabila umur mencecah 50 tahun wanita tidak akan menghasilkan hormon estrogen (menopouse).

• Senggugut dan kesakitan (serius) yang berlaku pada bawah perut dan pinggang.


PERUBAHAN

Makroskopik

• Dinding uterus menebal
• Berlaku pendarahan
• Pembesaran bahagian bawah abdomen

Adenomyosis uterine ; Badan uterus mempunyai endometrium dan di dalamnya terdapat miometrium (kanan)


Adenomyosis ; Kelenjar uterin dan stroma di dalam miometrium


SIMPTOM

Simptom yang mungkin wujud akibat adenomyosis adalah seperti berikut ;

• Penebalan dinding uterin
• Pendarahan abnormal pada bahagian uterus (boleh menyebabkan anemia)
• Dysmenorrheal (kesakitan ketika menstrual)
• Kesakitan pada bahagian pelvik
• Pembesaran rahim
• Menstruasi yang banyak dan abnormal
• Tekanan pada tulang pelvis
• Uterus menjadi lembut
• Kesakitan ketika melakukan hubungan seks
• Pengumpalan darah ketika menstrual
• Pembesaran bahagian bawah abdomen



KESAN

• Wanita secara umum

─ Mungkin menyebabkan seseorang wanita itu kurang kesuburan.
─ Kebanyakan kes adenomyosis pada wanita hamil, adenomyosisnya ditemui secara kebetulan sewaktu pembedahan pengangkatan rahim.
─ Adenomyosis dengan ketidaksuburan masih memerlukan pemerhatian.

• Dysmenorrhea

─ Merujuk kepada kesakitan ketika menstrual atau kekejangan menstrual.
─ Satu tahap kesakitan sewaktu menstrual adalah normal.
─ Kekejangan sewaktu menstrual boleh menjadi simptom kepada beberapa abnormaliti.

• Menorrhagia

─ Merujuk kepada kehilangan darah yang berlebihan ketika menstrual.

• Intermenstrual PV bleed

─ Merujuk kepada pendarahan uterin secara tidak sekata.

• Pembesaran uterus


RAWATAN

Adenomyosis biasanya berlaku selepas proses monopous. Rawatan adalah bergantung pada tahap adenomyosis itu sendiri. Antara rawatan yang sesuai adalah ;

• Ubat anti inflammasi

─ Sejenis ubat yang digunakan bagi mereka yang hampir dengan monopous.
─ Contoh ; ibuprofen (Advil, Motrin) untuk mengawal kesakitan.
─ Penggunaannya ; ubat tersebut diambil 2 hingga 3 hari sebelum menstrual dan disambung semula pengambilannya semasa menstrual.

• Terapi hormon

─ Mengawal kitaran menstrual.
─ Melibatkan hormon estrogen dan progesteron.

• Hysterectomy

─ Merupakan proses pembedahan bagi membuang uterus.
─ Dilakukan jika berlaku kesakitan yang teruk dan memerlukan pembedahan.


ENDOMETRIOSIS

Definisi

• Endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.

Klasifikasi

• Selaput ini biasanya luruh bersama - sama darah haid.
• Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman bakteria menjadikan darah haid.
• Biasanya endometriosis berlaku di tempat - tempat berikut ;
1) Ovari
2) Ligamen rahim
3) Septum rektovagina
4) Peritoneum pinggul
5) Parut laparotomi
6) Faraj, vulva atau appendiks (jarang)

• Endometriosis boleh dikatakan penyakit bagi wanita semasa umur kesuburan, kebanyakan berlaku semasa umur 30 - 40 tahun dan melibatkan 10% wanita.


ANATOMI



Luar Uterus

• Endometriosis terbentuk pada bahagian luar uterus.
• Berlaku akibat pertumbuhan kelenjar yang abnormal.
• Kerap hadir pada kawasan pelvik.
• Selain itu, kawasan seperti ligamen uterosacral, ovari, pundi kencing dan saluran ureter merupakan kawasan lain yang boleh terbentuknya endometriosis.


PENYEBAB
Tiada etiologi yang tepat megenai endometriosis tetapi terdapat teori yang menyatakan ia mungkin berlaku akibat menstrual reflux dan embryologically patterned metaplasia. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi teori tersebut ;

• Peningkatan hormon estrogen
• Retrograde menstruaration (debris menstrual bergerak ke kawasan pelvis)
• Keturunan (genetik)
• Sejarah endometriosis
• Penyakit autoimun
• Reaksi alergi
• Faktor persekitaran


PERUBAHAN

Makroskopik

• Kawasan endometrium membesar
• Abdomen membengkak

Mikroskopik


SIMPTOM

Terdapat sesetengah wanita yang mempunyai endometriosis tanpa gejala. Keseriusan endometriosis tidak berkait dengan tahap kesakitan yang dialami. Berikut merupakan gejala umum yang berkaitan dengan endometriosis ;
• Kemandulan
• Kesakitan / kekejangan haid yang melumpuhkan
• Kesakitan di bahagian abdomen dan pinggul pelvik
• Sakit ketika hubungan seksual
• Sakit ketika membuang air besar atau kecil
• Haid yang berlebihan
• Mual dan muntah - muntah
• Kitaran haid yang tidak teratur

KESAN

Kemandulan kekal adalah kesan yang ketara di kalangan 30% hingga 40% wanita yang mempunyai endometriosis. Terdapat beberapa punca atau faktor berlaku kemandulan dalam penyakit endometriosis ;
i. Ovari yang rosak tidak boleh mengeluarkan telur bagi persenyawaan.
ii. Kerosakkan teruk pada tiub fallopian menyebabkan sperma tidak boleh masuk untuk mensenyawa dengan telur.
iii. Beberapa jenis racun yang dikeluarkan mungkin menyebabkan sperma mati.
iv. Gangguan hormon yang mengawal kesuburan wanita.

RAWATAN

• Rawatan bergantung kepada gejala, perancangan kehamilan, umur pesakit dan tahap keseriusan penyakit.
• Tiada rawatan yang spesifik bagi endometriosis pada masa kini.
• Ubat - ubatan yang boleh bertindak merendahkan aktiviti ovari dan pertumbuhan tisu endometrium ialah pil KB, progestin, danazol dan aonis GnRH.
• NSAIDs dan ubat penahan sakit lain dapat mengurangkan kesakitan.
• Bagi kes serius, dadah preskripsi narkotik mungkin digunakan.
• Bagi kes yang lebih serius, laparoskopi mungkin perlu dilakukan.



ENDOMETRIAL
Definisi

• Pertumbuhan tisu endometrium yang melebihi daripada kaviti uterin.

Klasifikasi

• Pertumbuhan melampau (overgrowth) endometrium diliputi oleh epitelium dan mengandungi kelenjar, stroma serta salur darah.
• Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu sessile (mendatar) dan pedicule.
• Penyebab kepada pembentukannya tidak diketahui tetapi ianya dipengaruhi oleh aras hormon estrogen.

ANATOMI


Tisu Endometrium

• Endometrial polip terbentuk pada bahagian dalam uterus.
• Kawasan utama yang terlibat adalah bahagian endometrium.
• Merupakan lapisan uterus yang ketiga dan yang paling dalam.
• Terlibat dalam proses kitar haid (menstrual).
• Kelihatan dengan jelas kehadiran kelenjar.



PERUBAHAN
Makroskopik

• Kawasan endometrium membesar
• Abdomen membengkak

Mikroskopik

• Endometrium diliputi epitelium yang berlebihan
• Mengandungi kelenjar yang jelas
• Mengandungi stroma dan salur darah
• Mengandungi dua jenis bentuk iaitu sessile dan pedicle
• Terhasil akibat penghasilan hormon estrogen pada wanita
• Menyebabkan terhasilnya adenokarsinoma pada endometrial
SIMPTOM

Individu atau wanita yang mengalami endometrial polip biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Simptom yang kerap berlaku dikaitkan dengan ;

• Pendarahan menstrual yang abnormal
• Pendarahan di antara fasa menstrual (blood spotting)
• Menorrhagia dan pendarahan vagina selepas menopaus
KESAN
• Menyerang wanita berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun.
• Kesan lain yang mungkin adalah obesiti dan tekanan darah tinggi.
• Pengambilan tamoxifen / rawatan hormon menyebabkan terjadinya penghasilan endometrial polip pada uterin.


ENDOMETRIUM HIPERPLASIA

Definisi

• Endometrium hiperplasia adalah keadaan yang melibatkan proliferasi berlebihan pada sel yang membentuk lapisan endometrium.

Klasifikasi

• Merupakan faktor risiko yang signifikan bagi pembentukan kanser endometrial.
• Proliferasi sel yang berlebihan ini dikaitkan dengan aras estrogen yang tinggi.
• Penyebab bagi penyakit ini adalah ; sindrom polisistik ovari dan terapi hormon.
• Terdapat dua jenis endometrial hiperplasia iaitu tipikal dan atipikal.
• Keduanya mempunyai subjenis yang ringkas dan kompleks.
• Endometrial hiperplasia tipikal merujuk kepada bentuk kelenjar yang mempunyai sista melebar serta luar biasa.
• Endometrial hiperplasia atipikal pula merujuk kepada perubahan morfologi pada struktur kelenjar dengan berlakunya perubahan pada peringkat sel itu sendiri.
• Boleh dirawat dengan terapi hormon progesteron kesan sampingan.



ANATOMI

Endometrium

• Kawasan utama yang terlibat adalah bahagian endometrium.
• Bahagian endometrium berproliferasi secara abnormal.
• Merupakan lapisan uterus yang ketiga dan yang paling dalam.
• Terlibat dalam proses kitar haid (menstrual).
• Endometrium kelihatan membengkak dan sempit.



PERUBAHAN
Makroskopik

• Kawasan endometrium membesar
• Abdomen membengkak

Mikroskopik



Gambarajah mikroskopik endometrium hiperplasia
SIMPTOM

• Sirkulasi menstrual tidak seragam
• Menstruasi berpanjangan dan kuantiti yang abnormal
• Gangguan emosi
• Ketidakselesaan
• Sakit kepala
• Kesukaran bernafas
• Asthma / lelah

lampiran:

http://www.allina.com/mdex/ND7591G.HTM

http://en.wikipedia.org/wiki/Adenomyosis

http://www.mayoclinic.com/health/Adenomyosis/DS00636

http://en.wikipedia.org/wiki/Endometritis

http://www.endometriosistreatment.org/html/adenomyosis.html

http://www.umm.edu/ency/article/001484.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Endometriosis

http://ms.wikipedia.org/wiki/Endometriosis

http://home.hamidarshat.com/SakitPuan.htm

http://www.tanyadokter.com/disease.asp?id=1000420









No comments:

Post a Comment

My Blog List