Definisi Metabolisme:
Ia merupakan suatu proses reaksi biokimia bahan nutrisi atau makromolekul yang berlaku dalam tubul.
Metabolisme adalah proses keseluruhan yeng terjadi di dalam badan organisma hidup dan seterusnya akan melakukan proses dalam pelbagai jenis fungsi.
Jenis Metabolime:
Metabolisme boleh dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu:
Katabolisme:
o Merupakan proses penguraian bahan nutrisi atau makromolekul yang berlaku di dalam sel.
o Katabolisme ini juga dikenali dengan reaksi penguraian.
o Di dalam Katabolisme ini Metabolit kompleks akan diuraikan menjadi produk dan seterusnya akan membentuk tenaga.
o Tenaga yang dibebaskan di dalam proses katabolisme ini akan disimpan di dalam bentuk ATP dari ADP dan fosfat yang digunakan untuk menreproduksikan NADP+ akan menjadi NADPH.
o Seterusnya ATP dan NADPH akan menjadi sumber tenaga utama yang akan digunakan di dalam proses anabolisme.
o Proses penguraian yang dilakukan oleh katabolisme ini ialah ia akan menukarkan bahan- bahan seperti karbohidrat, lipid dan protein menjadi bahan asas kegunaan tubuh badan.
o Contoh:
Karbohidrat:
Glikolisis, lencongan pentos fosfat, glikogenolisis, kitar Krebs dan metabolisme fruktosa dan galaktosa.
Protein:
Proteolisis dan katabolisme asid amino.
Lipid:
Lipolisis, oksidasi beta dan ketogenesis.
Anabolisme:
o Adalah merupakan satu proses sintesis makromolekul daripada bahan dasar. Memerlukan tenaga semasa sintesis makromolekul.
o Anabolisme ini melibatkan proses pembentukan ikatan peptida antara asid amino untuk menghasilkan protein baru.
o Proses anabolisme ini berlaku di dalam ribosom pada kebanyakan sel dalam badan.
o Contoh:
Karbohidrat:
Glukoneogenesis dan glikogenesis.
Protein:
Protein sintesis dan sintesis asid amino.
Lipid:
Lipogenesis, kolesterogenesis, sintesis trigliserida dan sintesis fosfolipid.
Faktor- faktor yang mempengaruhi metabolisme:
Antara faktor yang mempengaruhi metabolisme ini ialah:
i) Kepekatan Substrat.
ii) Kesan pH.
iii) Kesan suhu.
iv) Kepekatan Enzim.
v) Hormon.
vi) Aktivator.
vii) Logam.
Kepekatan Substrat.
Berkaitan di dalam proses enzimologi badan.
Berdasarkan kesan kepekatan substrat.
Keputusan akan menunjukkan Tinggi kepekatan substrat, Tinggi kadar tidak balas.
Lebih banyak substrat dapat menempatkan diri pada tapak aktif enzim, Lebih banyak kompleks enzim substrat akan terbentuk dan kadar tindak balas akan meningkat.
Faktor penghad ialah merupakan kepekatan enzim yang tetap.
Pengaruh konsentrasi substrat [S] terhadap kecepatan reaksi (V).
Kesan pH.
Berkaitan di dalam proses enzimologi badan.
Semua enzim mempunyai pH optimum yang tersendiri di mana ia dapat berfungsi dengan berkesan.
Kebanyakkan enzim bertindak pada pH yang mempunyai julat di antara 5 – 9, dan seterusnya akan memangkin tindak balas dengan paling cekap pada kesan pH 7.
Tetapi bagi enzim pepsin ia bertindak cekap pada kesan pH 1.5 – 2.5 manakala bagi enzim tripsin ia bertindak balas pada kesan pH 8.5.
Pengaruh pH terhadap kecepatan reaksi.
Kesan Suhu.
Berkaitan di dalam proses enzimologi badan.
Keputusan akan menunjukkan semakin Tinggi suhu, Kadar tindak balas adalah tinggi.
Jika suhu adalah dalam keadaan rendah, aktiviti enzim adalah tidak cergas.Faktor kenaikan suhu kepada suatu paras tertentu boleh menyebabkan pertambahan kadar aktiviti enzim.
Kadar tindak balas akan terus bertindak dan bertambah, mengikuti kenaikan suhu sehingga ia mencapai satu kadar tindak balas yang maksimum pada suhu optimum.
Untuk kebanyakkan enzim, nilai suhu optimum adalah kira- kira 40°C.
Selepas suhu optimum, aktiviti enzim akan berkurang dan akan berhenti bertindak pada suhu kira- kira 60°C.
Kepekatan Enzim.
Berkaitan di dalam proses enzimologi badan.
Keputusan akan menunjukkan semakin Tinggi kepekatan enzim, Tinggi Kadar tindak balas.
Apabila jumlah bilangan molekul ditambahkan, lebih banyak tapak aktif tersedia untuk tindakan pemangkinan, lebih banayak substrat dapat menempatkan diri pada tapak aktif enzim, maka hasil tindak balas akan meningkat.
Hormon.
Hormon adalah proses kimia yang dilakukan pada proses kensentrasi pada pengaturan darah dalam Metabolisme dalam tubuh.
Hormon ini akan disekresikan secara langsung ke dalam darah dalam julah kecil oleh sel berkenaan bersama kelenjar endokrin.
Hormon seterusnya akan mengatur aktivator atau konsentrasi enzim pada metabolisme yang dikatalisis oelh enzim berkenaan.
Aktivator.
Logam.
No comments:
Post a Comment