Monday, July 26, 2010

KERACUNAN / PENYALAHGUNAAN BAHAN-BAHAN DIBAWAH LABEL TOKSIKOLOGI DADAH THEOPHYLLINE

PENGENALAN
PENGERTIAN DADAH
Melihat pada maksud kamus Dewan, istilah atau makna dadah boleh di kata ertikan sebagai ubat-ubatan. Dengan kata erti yang dikatakan ini, kategori rokok dan arak tidak termasuk dalam golongan dadah. Ini dilihat ada segelintir berpendapat mengatakan ianya adalah kurang tepat. Dadah juga digunakan pada bidang perubatan , pada bidang perubatan ia digunakan untuk tujuan sebagai ubatan tahan sakit kepada tubuh badan.
Dadah boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis dan kegunaannya serta fungsinya. Dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan dan ianya juga bukanlah untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang atau direkodkan. Jika ianya diambil secara haram atau penggunaannya berleluasa atau melebihi kadar dos yang diperlukan, Ia boleh meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma atau pada tubuh badan benda hidup.
Bahan toksikologi atau dadah kimia psikoaktif ini mempunyai kesan yang amat ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Seterusnya ia akan melibatkan perubahan perasaan, kelakuan dan pemikiran. Tidak semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan sebagai dadah. Apa yang diistilahkan sebagai dadah ialah bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri ketagihan iaitu pada penggunaan untuk diri sendiri dengan cara penggunaan yang berbeza seperti samada ditelan, dihidu, dikunyah, dihisap atau disuntik.
Penggunaan bahan yang menyalahi keadaan ini akan menjejaskan sistem saraf pusat jika pengambilannya adalah melebihi dos dengan kadar banyak dan kebanyakkan bahan kimia yang ditunjukkan ini dipanggil sebagai dadah .




Dadah respiratori iaitu theophylline

THEOPHYLLINE
Dadah theophylline digunakan untuk merawat symptom seperti asma, kronik bronchitis dan emphysema, emphysema ini ialah kesan symptom seperti pernafasan pendek, batuk, dan kesusahan untuk bernafas.

Keracunan yang dilakukan dadah theophylline ini terhadap sistem badan adalah dengan cara perlahan-lahan. Keracunan dadah theophylin ini dipengaruhi oleh kadar kemasukkan dan dos yang digunakan.

Dadah theophylin ini digunakan dalam terapi penyakit respiratori iaitu asma. Ianya menunjukkan kesan keracunan secara perlahan dan symptom yang kelihatan akan bertindak selepas 24 – 28 jamselepas pengambilan yang berlebihan atau dengan sebarang cara atau bentuk pengambilan yang tidak diketahui dosnya.

Dadah ini disebabkan semasa terapi yang menyebabkan ketoksikan berlaku. Theophylin adalah sejenis bronkodilator yang kerap kali digunakan sebagai rawatan
untuk penyakit asma dan halangan pernafasan kronik. Di dalam sistem badan manusia dewasa.

METABOLISMA DALAM BADAN

Theophylline ini mempunyai 2 perbezaan tindakan di mana ia boleh bertindak pada laluan udara pernafasan pada pesakit yang mengalami masalah asthma atau sebarang penyakit yang berkaitan dengan halangan yang boleh menyebabkan masalah lain pada pengenduran otot licin yang terjadi. Contohnya pada pesakit bronchodilation dan tindasan pada tindak balas laluan udara pesakit yang mengalami rangsangan non- bronchodilator terhadap kesan profilaksis.

Dadah ini disebabkan semasa terapi yang menyebabkan ketoksikan berlaku. Theophylin adalah sejenis bronkodilator yang kerap kali digunakan sebagai rawatan untuk penyakit asma dan halangan pernafasan kronik. Di dalam sistem badan manusia dewasa, lebih kurang 90% Theophylin dimetabolismakan di hati oleh enzim sitokrom P450(CYP), dan hanya 10% dikumuhkan melalui ginjal dalam bentuk asal. Tujuannya adalah untuk mengkaji interaksi farmakokinetik di antara regimen berganda dos oral siprofloksasin dengan Theophylin dos tunggal dan menjelaskan mekanisme interaksinya. Kaedah HPLC yang sensitif dan selektif dengan pengesan lampu ungu telah digunakan dan disahkan untuk menentukan kepekatan siprofloksasin di dalam plasma dan kepekatan Theophylin di dalam plasma dan urin. Koefisi variasi untuk kepersisan dan kejituan siprofloksasin kurang daripada 7.8% melebihi julat kepekatan 50 hingga 5500 ng/mL dengan had pengesanan 25ng/mL. Purata keseluruhan pemulihan untuk Theophylin dan tiga metabolismanya di dalam urin berjulat daripada 85 hingga 102%.

Kajian ini dijalankan menggunakan sampel urin ujian secara rawak, label terbuka, dos tunggal, berpuasa dan kaedah bersilang tiga. Siprofloksasin juga dikenalpasti mengurangkan klearans keseluruhan teofilin sebanyak 27% (P < 0.001). Tambahan pula, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa klearans ginjal pembentukan metabolit teofilin ; 1-MU, 3-MX dan 1,3- DMU masing-masing menurun secara signifikan (54.13%, 53.18% dan 34.98%).
Kajian ini juga menyatakan bahawa siprofloksasin secara signifikan meningkatkan AUC0-∞ dan kepekatan plasma Theophylin melalui perencatan CYP1A2 yang diperantarakan oleh metabolisma pengoksidaan secara in vivo. Berdasarkan penemuan kajian ini, adalah amat disarankan agar paras serum harus sentiasa dipantau rapi apabila ubat ini diberikan bersama dengan siprofloksasin di dalam amalan klinikal. Tambahan kepada kajian interaksi ini, kajian secara in-vivo yang lain dijalankan untuk menilai keperolehan bandingan antara Enoxin® dan Ciprobay.

































KESAN & SIMPTOM

KESAN SAMPINGAN

 Dengan kesan sampingan yang ditunjukkan, theophylline boleh menyebabkan kesan lain atau kesan tanpa dijangka.
 Bagi kes keracunan dadah ini, ia perlu dikawal kepekatan sehingga penurunnya berlaku.
 Keterukan dan frekuensi bagi tahap kesan yang dihadapi adalah bergantung pada banyak faktor termasuklah paras dos yang dilihat, tempoh terapi dan gerak balas imun seseorang itu.
 Simptom akan ditunjukkan selepas proses berlaku dalam 24- 48 jam kemasukkannya dengan simptom utama iaitu peningkatan kadar deyutan jantung (aritmia), hipokalaemia dan kematian.
 Kegagalan menegsan dos lebih awal akan menyebabkan keadaan asidosis.
 Antara simptom yang mungkin kelihatan tanpa diduga adalah seperti berikut :

 Nausea
 Muntah
 Diarrhea
 Gementar
 Hilang selera
 Sakit kepala
 Susah untu tidur
 Irritability
 Tremor
 Ketidak selesaan abdomen



 Antara kesan-Kesan luar biasa yang mungkin kelihatan adalah seperti :

 Kesusahan atau bernafas dengan laju
 Batuk berdarah
 Feses mengandungi darah
 Seizures
 Degupan jantung sederhana atau laju

 Antara reaksi lain yang dapat dilihat atau kesan sampingan lain ialah seperti :

 Ruam
 Masalah pengepaman oksigen pada jantung
 Sering atau selalu hendak membuang air kecil

 Kesan symptom dadah theophyllin ini ialah
• peningkatan denyutan jantung
• hipokalemia
• kematian













DOS KERACUNAN
kajian dos keracuanan ini termasuklah ujian urin, kajian dadah dan indentifikasi kadar ketoksikan dalam badan.
Dos keracunan ini biasanya menunjukkan symptom lebih banyak oleh pesakit berbanding ujian saringan yang dilakukan.
Pada kebiasaanya ia bermula dengan jenis dadah yang selalu digunakan dalam perawatan yang kerap kali mendatangkan kesan toksik kepada tubuh badan dengan kuantiti dos berlebihan.
Dos dewasa iaitu 200 mg – 300 mg/ 12jam
Dos kanak-kanak iaitu 6mg/kilogram/12jam
Jika kesan dos yang ditunjukkan melebihi paras dos normal diatas ia menunjukkan peningkatan atau berlebihan dos pada badan.
Kegagalan menegsan dos lebih awal akan menyebabkan keadaan asidosis.















SAMPEL
 Sampel yang selalu diambil adalah :

 Darah
 Urin
 Serum
 Plasma
 Air liur
 Rambut

 Pemungutan sampel yang dilakukan juga mempunyai jenis sampel yang bersesuaian untuk digunakan iaitu seperti berikut :


 Darah - darah akan diletakkan pada bekas tiub heparin.
 Urin - ialah sampel utama yang selalu digunakan dalam analisis ujian
biokimia.
 Serum - darah akan diletakkan pada bekas tiub heparin.
 Plasma - darah akan diletakkan pada bekas tiub heparin.
 Air liur - untuk tujuan ujian kandungan dan DNA.
 Rambut - untuk menbuat ujian keracunan merkuri.











KAEDAH PENAKSIRAN

 Kaedah pengesahan yang digunakan ialah dalam bentuk kuantitatif.
 Terdapat dua kaedah penentuan yang digunakan iaitu kaedah penentuan penyalahgunaan dadah dan kaedah pengesahan secara kuatitatif.
 Pada kaedah penentuan dalam penyalahgunaan dadah mempunyai 2 peringkat iaitu saringan dan pegesahan kuantitatif.
 Kaedah saringan dilakukan dan keputusan :
 dikenalpasti sama ada positif atau negetif
 menggunakan reagen penurun
 contoh reagen strip
 dan lihat perubahan warna
 bagi ujian pegesahan kuantitatif ia menggunakan 2 bentuk ujian iaitu imunokimia dan kromatografi.
 Antara jenis kaedah imunokimia yang digunakan ialah
 fluorescence polarization immunoassay
 enzyme linked imunosorbent assay
 fluorescen immunoassay
 radio immunoassay
 bagi jenis akedah kromatografi ialah berikut yang sering digunakan dalah pengesahan ujian dadah.
 Thin layer – kromatografi
 High performance liquid kromatografi
 Gas kromatografi
 Mass spektrofhotometry
 prosedur pengesahan dadah ialah toxi – laq yang dipiawaikan dengan penggunaan prinsip TLC (Thin layer – kromatografi)
 Gas kromatografi dan Mass spektrofhotometry merupakan kaedah paling baik serta spesifik dan lebih tepat.
 Kaedah HPLC (High performance liquid kromatografi )

Kromatografi merupakan suatu teknik pemisahan yang menggunakan fase diam (stationary phase) dan fase gerak (mobile phase). Analisis dengan kromatografi dapat digunakan untuk analisis kualitatif & kuantitatif.
Berbagai jenis kromatografi berdasarkan :

Mekanisme pemisahannya : Alat yang di gunakan :
• Kromatografi adsorbs
• Kromatografi partisi
• Kromatografi pasangan ion
• Kromatografi penukar ion
• Kromatografi eksklusi ukuran  Kromatografi kertas
 Kromatografi lapis


b•















RAWATAN
• Rawatan yang dilakukan biasanya ia akan diberikan bagi dadah theophyllin ini dengan menggunakan ujian biokimia seperti theophylline dan serum potassium.
• Ujian kualitatif akan dilakukan bagi menentukan jenis rawatan yang akan diberikan.
• Rawatan dadah ini juga menggunakan sodium bikarbonat untuk menggalakkan dan merawat keadaan asidosis.
• Digunakan dalam terapi penyakit asma.
• Cecair ke dalam IV ubat untuk merawat keadaan asidosis atau kepitaman.
• Ubatan pencegahan yang digunakan juga adalah seperti kotikosteroid, kromolin dan ketotifen serta terapi imun alahan.
• Antara langkah rawatan lain ialah menggunakan ubatan bronkodilator iaitu ubat yang berupaya mengembangkan saluran pernafasan dan melegakan pernafasan pesakit dengan cepat.
• Terapi :
 Oksigen 2-4 liter
 Infus
 Ampisilin 100 mg/kg/hr :4
 Deksametason 0,5 mg/kg/hr :3
 Inhalasi 3-4 kali/ hari







PENCEGAHAN
PENCEGAHAN
1. Buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma.
2. Kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma.
3. Pengawasan terhadap pernafasan anda.
4. Kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
5. Jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal atau berlaku menjadi teruk.

























KESIMPULAN
Dadah secara rastionalnya digambarkan sebagai sesuatu yang bahan negatif dan perlu dijauhi.. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan gejala-gejala yang tidak diingini yang boleh membinasakan manusia.
Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Dadah disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan rasa sakit, untuk mendapatkan rasa segar, mengelakkan letih, mengelakkan tekanan hidup, untuk melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.
Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam dadah terdapat bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan pergantungan hidup kepada dadah. Sebagai racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh membawa maut. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya.
Dadah theophylline ini digunakan dengan melebihi had dos yang diperlukan ia boleh merosakkan sistem badan.
Jika menyedari bahaya dan risiko pengambilan dadah ini, sudah tentu ramai yang tidak akan menggunakannya. Namun, kerana faktor kesihatan ia diambil untuk kepentingan sementara tanpa menyedari potensi yang dibawanya sebagai pembunuh nombor 1 dunia.

No comments:

Post a Comment

My Blog List