Monday, July 26, 2010

RADIASI DAN KEMOTERAPI.

PENGENALAN


Radiasi dan kemoterapi yang diterangkan akan membincangkan mengenai perubahan- perubahan yang terjadi pada sel akibat dari kesan pembiasan radiasi serta penggunaan dadah kemoterapi bagi merawat kanser pada manusia.

Kanser merupakan suatu perubahan iaitu suatu sel normal berubah kepada kanser yang mengalami perubahan yang berlaku secara berterusan. Dengan ini, perubahan abnormal yang berlaku akan menganggu keadaan morfologi atau keadaan sel tersebut dengan beberapa perubahan ciri umum. Perubahan sebelum suatu sel menjadi kanser ia merupakan perubahan yang berlaku dalam suatu spectrum di antara sel normal kepada sel kanser. Perubahan yang dimaksudkan ini ialah ianya berlaku berterusan dari peringkat kurang teruk kepada peringkat yang lebih teruk tetapi perubahan tersebut tidak juga semestinya dikelaskan sebagai kanser. Ini boleh berlaku sekiranya perubahan tersebut di kembalikan atau bergerasi (regression) kepada normal melalui rawatan yang diberikan dengan rawatan yang sesuai.

Rawatan kanser, ia dapat merawat kanser dengan menggunakan dua kaedah yang paling biasa digunakan iaitu radioterapi dan kemoterapi.
Radioterapi adalah digunakan untuk merawat barah dengan mengawal sel-sel barah. Radioterapi boleh menghalang dan melegakan simtom-simtom yang ada pada pesakit atau sebagai rawatan terapeutik. Teknik ini juga digunakan sebagai persediaan untuk badan pesakit menerima pemindahan tulang sumsum. Selain itu, radioterapi boleh merawati penyakit-penyakit yang bukan kanser.
Radioterapi adalah digunakan untuk merawat kanser dan merupakan rawatan paling selalu diguankan sebagai rawatan utama. Ianya juga boleh digunakan bersama dengan kemoterapi, pembedahan, terapi hormon ataupun campuran ketiga-tiga. Kebanyakan kenser boleh dirawati dengan radioterapi. Jenis rawatan bergantung kepada jenis kanser yang ada pada pesakit, peringkat, lokasi dan juga tahap kesihatan pesakit.
Radioterapi membawa banyak kesan-kesan sampingan. Sebagai contohnya, merosakkan permukaan kulit, bengkak, mandul, letih, gugur rambut, kanser, xerostomia, xeropthalmia, meninggalkan parut, kehilangan nyawa dan lain-lain.

Kemoterapi ialah merupakan satu bentuk rawatan yang menggunakan ubatan anti kanserpada rawatan merawat kanser. Ubat-ubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kelaskan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara I jenis ubat atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat lain bersama. Terdapat ramai pesakit yang menghidapi kanser atau barah yang memerlukan rawatan kemoterapi bagi melawan sel-sel kanser. Antara jenis-jenis kanser yang diketahui ialah: barah perut, barah tulang, barah otak, barah rahim dan sebagainya.



DEFINISI

Radiasi / Radioterapi :-
 Radioterapi atau juga penggunaan radiasi ialah digunakan dalam terapi yang menggunakan sinaran radiasi untuk mengawal atau memusnahkan sel-sel kanser.
 Rawatan radioterapi menggunakan sinaran radiasi yang adalah bahaya tetapi ia juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang menjadi pilihan kerana atas sebab berkesanan pada kesan yang signifikan.
 Radiasi ini boleh dikategorikan kepada dua kelas iaitu partikel dan elektromagnetik.
 Sianaran radiasi yang dibiaskan boleh diukur berdasarkan mengikut unit Rad, Gray (Gy) atau LET.
 Rawatan yang menggunakan radiasi, sesuai digunakan dalam lemawan serta merawat kanser ini adalah kerana sinaran yang dibiaskan dapat memberikan kesan kepada tubuh badan yang teruk sehingga struktur DNA, protein selular dan komponen air dalam sel berubah dengan teruk.
 Kesan yang boleh dilihat jika berlaku lebihan pembiasan atau kesan sinaran ialah pemecahan rantaian RNA dan DNA, mutasi serta penyilangan yang akan menyebabkan kematian atau disfungsi pada sel-sel terkena sehingga akan dapat menghentikan mitosis dan metastasis sel kanser ini.
 Oleh kerana ini, penggunaan radiasi ini perlu dilakukan dengan teliti dan difahami mengenai kesannya pada penggunaan radiasi ini, ia bukan sahaja akan berlaku pada sel kanser tetapi juga pada sel normal disekitar sel normal yang lain.
 Radioterapi adalah satu jenis rawatan dalam perubatan yang menggunakan radiasi untuk mengawal patologi di dalam penyakit seperti kanser. Istilah radioterapi sangat sinonim dengan rawatan kanser. X-ray digunakan kerana ia mempunyai tenaga radiasi yang tinggi dan berpotensi untuk mengawal perkembangan sel-sel kanser. Di dalam rawatan kanser, radioterapi selalunya digandingkan dengan pembedahan, kemoterapi atau terapi hormon atau gabungan daripada tiga cara ini.


Kemoterapi :-
 Konsep rawatan kemoterapi, ialah ia menggunakan kaedah rawatan menggunakan dadah atau bahan kimia untuk mengawal metastasis atau memusnahkan sel kanser.
 Merupakan suatu bentuk pengubatan rawatan kanser menggunakan ubatan yang dikenlai dengan sitostatika iaitu merupakan suatu zat-zat yang dapat memusnahkan prosesproliferasi sel- sel kanser.
 Jenis- jenis ubat anti kanser :-
Kumpulan Agen
Sebatian logam Carboplatin
Cisplatin
Antibiotik antitumor Bleomycin
Epirubicin
Mitomycin C
Mitoxantrone
Agen pengalkil Busulfan
Chlorambucil
Cyclophosphamide
Dacarbazine
Anti metabolit Cytarabine
Fluorouracil
Gemcitabine
Methotrexate




 Berikut adalah agen kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser:

Agen Kesan / Makanisme
Dactinomycin Halang DNA, RNA, Protein
Adrianmycin Interkalat DNA
Bleomycin,N-mustard Pemecahan rantaian
Cisplastin Penyilangan rantaian
Vincristine, Vinblastine Melekat pada struktur tubul semasa mitosis
5- fluorouracil Halang thymidalate synthetase
Hydroxyurea Halang ribonucleate diphoshatase
Toxal Melekat pada tubulin.


CARA BERTINDAK

Kemoterapi :-
Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian memasuki ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat ini akan bertindak merosakkan serta memusnahkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik.
Tetapi, ubatan ini juga memberi kesan terhadap sel yang normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat contoh seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan seperti ini akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat.
Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew. Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.


Radioterapi / Radiasi :-

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

a. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
b. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.


CONTOH RADIASI
Sinar-x :-
Sinar-x atau lebih dikenali sebagai x-ray merupakan salah satu daripada sinaran elektromagnet. X-ray mempunyai bentuk yang serupa dengan sinar cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio; yang berbeza cuma dari segi panjang gelombangnya sahaja. X-ray juga mempunyai gelombang yang pendek berukuran 10 nanometer 0.01 nanometer (10-7 hingga 10-9). Manakala ukuran frekuensi bagi x-ray pula terletak dalam lingkungan 30 petahertz hingga 30 exahertz (30 x 1015 hingga 30 x 1018). Panjang gelombang x-ray lebih pendek berbanding sinar UV ataupun ultraviolet. Oleh itu, x-ray mempunyai tenaga yang lebih kuat berbanding sinar UV dan mampu untuk menembusi ketebalan tertentu sesuatu objek.

X-ray boleh dikategorikan kepada dua :
1. X-ray lembut (soft x-ray, berukuran >10-8meter)
2. X-ray keras (hard x-ray, berukuran <10-8meter)
Pengkategorian ini berdasarkan kebolehan gelombang itu untuk menembusi ketebalan tertentu. X-ray keras mempunyai kebolehan untuk menembusi ketebalan yang lebih dalam berbanding x-ray lembut. X-ray lembut selalunya digunakan dalam pengimejan diagnostik manakala x-ray keras digunakan untuk kegunaan radioterapi yang lebih dalam.
X-ray merupakan perintis kepada teknologi pengimejan diagnostik.
 Radiologi adalah satu bidang pengkhususan dalam perubatan yang merangkumi teknologi pengimejan perubatan dengan tujuan untuk membuat diagnosis dan merawat sesuatu penyakit.
 Ahli radiologi melakukan radiografi dan teknik lain-lain untuk tujuan pengimejan diagnostik.
 Radiografi adalah penggunaan x-ray untuk melihat objek yang tidak boleh dilihat ataupun sukar untuk digambarkan.

X-ray sangat berguna dalam mengesan patologi dalam sistem skeletal (tulang). X-ray juga boleh digunakan untuk mengesan penyakit berkaitan tisu-tisu lembut. Hal ini adalah sedemikian kerana imej yang dihasilkan oleh x-ray adalah bergantung kepada kadar penyerapan oleh tisu-tisu tertentu. Kadar penyerapan ini adalah berbeza-beza antara sel-sel.
 Kalsium di dalam tulang menyerap x-ray dengan baik. Ini menghasilkan imej tulang yang berwarna putih pada filem imej x-ray (radiograf).
 Tisu lemak dan tisu-tisu lembut yang lain mempunyai kadar penyerapan yang kurang menyebabkan ia berwarna kelabu.
 Udara pula mempunyai kadar penyerapan terendah. Ini menyebabkan paru-paru kelihatan hitam atau gelap dalam filem imej x-ray



CONTOH KEMOTERAPI


Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan. Berikut adalah beberapa jenis kemoterapi yang diberikan:
 Terapi neo-adjuvant
 Kemoterapi diberikan sebelum pembedahan atau rawatan radioterapi bagi mengecilkan saiz tumor.
 Terapi adjuvant
 Kemoterapi diberikan selepas pembedahan atau radioterapi bagi memastikan semua sel kanser yang tertinggal dimusnahkan. Tujuan terapi ini ialah untuk mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang pada masa hadapan.
 Kemoradiasi
 Kemoterapi juga boleh digabungkan dan diberikan bersama radioterapi untuk merawat kanser. Tujuan kombinasi ialah menyasarkan lebih banyak jenis sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan.

 Kemoterapi paliatif
 Jika sel-sel kanser telah pun merebak ke bahagian badan yang lain, ubat kemoterapi akan dibawa melalui saluran darah pesakit supaya sampai ke semua sel kanser tersebut. Tujuannya ialah melegakan gejala yang disebabkan oleh kanser sahaja.

Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :

 Rawatan utama

 Sebagai kaedah rawatan utama kanser.

 Radioterapi Adjuvan
 Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.

 Radioterapi Neoadjuvan

 Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.



 Radioterapi Paliatif
 Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat disembuhkan lagi.



KAITAN DENGAN SITOLOGI TRAK
PEMBIAKAN WANITA


Sensitivity terhadap radiasi
Walaupun seperti yang di ketahui kesan radiasi bukan hanya akan berlaku pada sel yang mengalami perubahan malignan malah akan turut mempengaruhi morfologi sel yang normal, tetapi perlu difahami disini dengan pengunaan dos yang betul akan dapat mengurangkan kesan radiasi terhadap sel normal, ini adalah kerana sel yang berlainan mempunyai tahap sensitive yang berbeza terhadap sinaran radiasi yang mana ianya bergantung kepada jenis sel , tahap kematangan sel dan juga faktor yang lain.

Sel yang tidak matang adalah lebih sensitif terhadap radiasi berbanding sel yang lebih matang.ini bermakna sel skuamus basal lebih sensitif terhadap radiasi berbanding sel parabasal manakala sel parabasal lebih sensitif berbanding sel intermediate dan seterusnya.factor kematangan ini memainkan peranan dalam sensetiviti sel terhadap radiasi kerana semakin tidak matang sesuatu sel bermakna proses mitosisnya semakin aktif di jalankan.seperti yang telah diketahui , proses mitosis hanya berlaku pada nukleus yang aktif dan tidak balas radiasi ini lebih mudah berlaku pada nucleus yang aktif . semakin aktif sesuatu ael melakukan mitosis akan menyebabkan nukleusnya menjadi semakin besar kerana proses yang aktif. Maka sel yang mempunyai proses mitosis yang aktif akan lebih sensitive terhadap radiasi berbanding dengan sel yang mempunyai kadar mitosis yang lebih rendah.

Selain daripada faktor-faktor tersebut, sel yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi lebih sensitive terhadap radiasi kerana oksigen ini menjadi factor kepada tindak balas radiasi. Biasanya sel yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi ialah sel yang belum berkembang (sel anaplastik). Ini menunjukkan sel ana plastic lebih sensitive terhadap radiasi berbanding sel yang berkembang (differentiate).




Sitomorfologi perubahan berkaitan radiasi
Saiz sel dilihat mengalami peningkatan bersama-sama peningkatan pada nucleus. Tiada peningkatan berlaku pada N/C sel yang mengalami perubahan radiasi ini. Sel mengalami bentuk yang pelik dan luarbiasa (bizarre) dengan sitoplasma yang bervakuol dan/atau diwarnakan polikromatik (perwarnaan pelbagai).

Nukleus yang diperhatikan besar mungkin menunjukkan perubahan degenerative seperti nuclear pallor,kedutan atau pemudaran (smudging) pada kromatin dan vakuolasi pada nucleus.Nukleus akan mengalami kepelbagaian dari segi saiz; dapat dilihat sekelompok sel dengan nucleus bersaiz besar dan normal.Biasanya nucleus akan mengalami binukleusi atau multinukleusi dan juga mungkin sedikit hiperkromasia dapat diperhatikan.Selain itu,nucleoli akan hadir secara tunggal atau berganda apabila perubahan akibat radiasi ini berlaku seiring dengan proses pembaikpulihan sel.



PERUBAHAN MORFOLOGI



 Bentuk sel pelik serta luarbiasa yang juga dipanggil bizarre.
 Saiz sel meningkat dengan peningkatan nukleus.
 Tiada peningkatan pada N/S (nucleus/sitoplasma) sel yang mengalami perubahan semasa radiasi.
 Sitoplasma kelihatan bervokuol dan diwanakan dengan polikromatik.


Nukleus  menunjukkan perubahan degenerative iaitu :-
 nukleur pallor
 Kedutan atau pemudaratan (smudging) pada kromatin
 Vakuolasi pada nucleus

 Mempunyai kepelbagaian saiz.
 Nukeleus mengalami binukleusi atau multinukleasi.
 Nukleoli akan hadir secara tunggal atau berganda apabila perubahan akibat radiasi ini berlaku seiring dengan proses pembaikpulihan.
 Mempunyai Sedikit hiperkromasi

Sitoplasma  Sel yang memendam bentuk terlebih dahulu untuk terapi.
 Kandungan nomal.
 Diffrentiate karakter dimana melalui stain akan kelihatan basophilic, Eosiniphilic atau orangeophilic.

Kromatin  Kelihatan menunjukkan perubahan degenerative (secara samar, tompokan kotor, homogenus, parakromatin clearing, nukleur vakoulasi).
 Bergranular dan granul kasar atau tidak.
 Kromasia diamana kelihatan normal atau hiperkromatik
 Membran nukleur kelihatan lembut, terdapat kehadiran kromatin rim.
 Nukleoli mungkin hadir.
Nuclear/cytoplasmic Ratio
 Normal hingga meningkat dengan sedikit.
 Susunan selular adalah tetap sama seperti susunan sebelum
terapi dijalankan
 Latar belakang slaid :-
a. Bersih serta jelas
b. Ciri inflamatori
c. Peningkatan bilangan histiocyte multinucleated
d. Terdapat tumor diathesis dalam keadaan kehadiran karsinoma.



SIMPTOM

KESAN SAMPINGAN UNTUK RAWATAN KEMOTERAPI :-
 Mual dan muntah
 Mudah terkena jangkitan
 Sembelit
 Hilang daya ingatan
 Kekurangan zat
 Kesakitan
 Kekurangan darah
 Rambut gugur
 Kekurangan atau bertambah berat badan
 Pendarahan
KESAN SAMPINGAN KEMOTERAPI :-
 Pembilangan sel darah putih rendah
 Pembilangan sel darah merah rendah
 Pembilangan platlet rendah
 Nausea
 Muntah
 Rambut gugur
 Fatigue
KESAN SAMPINGAN UNTUK RAWATAN RADIASI :-
A. Akut -
a) Secara sistemik (melibatkan seluruh tubuh) kesan letih lesu dan kesan psikologi
b) Kesan setempat (di kawasan di mana radiasi ditujukan) kulit dan tisu di bawah kulit kelihatan merah (erythema) dan mengelupas (desquamation), bengkak bahagian lengan akibat gangguan pengaliran cecair limfa.
B kesan Lewat -
a) Otot atau tulang rusuk, fibrosis paru-paru, pneumonitis, pigmentasi dan ‘plexopathy brachial’ - akibat kematian sel-sel normal dan juga akibat inflammasi.





RAWATAN

Kemoterapi :-
Tempoh rawatan pesakit sangat bergantung pada tindak balas sel-sel kanser dengan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika sel-sel kanser atau tumor pada badan pesakit mengecil dengan cepat maka rawatan pesakit juga akan menjadi lebih cepat.
Doktor yang merawat pesakit mungkin memilih untuk memberi rawatan selama beberapa minggu dan kemudian memeriksa tahap kesihatan pesakit. Keseluruhannya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskan satu regim kemoterapi seperti contoh yang ditunjukkan di dalam jadual di atas.
Sekiranya pesakit menerima rawatan kemoterapi adjuvant, doktor mungkin akan merancang rawatan pesakit untuk satu tempoh yang lebih panjang yang dirasakan berkesan untuk pesakit benar-benar bebas daripada sel-sel kanser yang tertinggal.
Radiasi :-
Antara kesan sampingan yang akan dihidapi bergantung pada bahagian yang dirawat iaitu:
• Kulit yang merah dan gatal
• keletihan
• Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
• Gangguan pendengaran
• Keguguran rambut
• Mengalami kesusahan menelan makanan
• Sakit perut atau cirit birit
• Mengalami lemah pundi kencing
KESIMPULAN


Dapat ditafsirkan disini bahawa penggunaan radiasi dan kemoterapi bagi rawatan kepada kanser adalah merupakan suatu langkah yang baik tetapi ia boleh memudaratkan diri pesakit yang mengambil rawatan ini untuk sembuh.

Dapat difahami juga, dalam rawatan kanser, ia mempunyai dua kaedah yang paling biasa digunakan bagi setiap hospital iaitu dikenali dengan kemoterapi dan radiasi/radioterapi. Radioterapi ini merujuk kepada penggunaan sianaran radiasi tterhadap pesakit bagi mengawal serta memusnahkan sel-sel kanser manakala rawatan kemoterapi merupakan salah satu kaedah rawatan menggunakan dadah atau bahan kimia bagi mengawal metastasis atau pemusnahan sel kanser itu sendiri.

Penggunaan rawatan yang dinyatakan diatas ini ada signifikannya bagi setiap kali penggunaan dan rawatan dilakukan. Kanser boleh disembuhkan jika peluang pemulihan untuk sembuh adalah tinggi dan pembalikan tumor berkurangan atau tiada dari hasil rawatan yang dilakukan dengan lebih awal, tetapi rawatan ini juga tidak boleh dipercayai dengan seratus peratus kerana rawatan ini dilakukan berdasarkan keadaan pesakit itu sendiri.

Dengan ini, pemilihan serta penggunaan rawatan yang diterangkan diatas, perlu dilakukan dengan kebenaran doktor. Rawatan radiasi dan kemoterapi ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan bagi pemulihan kanser dilakukan dan pesakit boleh menjalani kehidupan dengan baik.

Penggunaan rawatan radiasi dan kemoterapi mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

2 comments:

  1. Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser


    ReplyDelete
  2. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete

My Blog List